Gentle Reminder

Harga yang dipamerkan adalah hanya sebagai rujukan.

Harga KEK/ CUPCAKE adalah berbeza mengikut jenis kek, saiz, berat, decoration (buttercream dan/ atau fondant, ganache, gumpaste flower dan figurine, edible image dll deco)

Tempahan dalam tempoh 48 jam hanya untuk kek saiz 8 inci, maksimum 2kg dengan deco yang simple, hanya untuk pick up di rumah saya atau delivery sekitar Klang dan Shah Alam.

Untuk kek yang bersaiz besar atau bertingkat atau memerlukan deco yang agak detail, juga untuk delivery luar dari Klang dan Shah Alam, sila buat tempahan sekurang kurangnya seminggu lebih awal.

Sila hubungi Admin Bakery MakLong untuk perbincangan lanjut;

SMS: 012-3907276
Facebook: Bakery MakLong
Instagram: #bakerymaklong
Email: bakerymaklong@gmail.com

Monday, May 9, 2011

Birthday Cupcake - Ben 10

Birthday cupcake yang diorder oleh Ezza.. (tq kamarul, rekemen my cupcake to her)

Ezza order Chocolate Cupcake untuk dihantar ke tadika anaknya, Aliff, nak letak edible image Ben 10. Ye la kan, budak budak sekarang kan tengah gila dengan kartun Ben 10. Nak dijadikan cerita, merata saya mencari gambar Ben 10 ni. Di kedai pembekal kek yang selalu saya pergi, kehabisan edible image Ben 10 ni. Sampai ke Shah Alam kami mencari Edble Image Ben 10. Alhamdulillah... jumpa juga.






 Dah upload gambar gambar ni, baru saya terperasan saya tersalah eja "birthday" jadi "birtday" pulak. tertinggal "h". sori ye Ezza...... so sorry....


No comments: