Gentle Reminder

Harga yang dipamerkan adalah hanya sebagai rujukan.

Harga KEK/ CUPCAKE adalah berbeza mengikut jenis kek, saiz, berat, decoration (buttercream dan/ atau fondant, ganache, gumpaste flower dan figurine, edible image dll deco)

Tempahan dalam tempoh 48 jam hanya untuk kek saiz 8 inci, maksimum 2kg dengan deco yang simple, hanya untuk pick up di rumah saya atau delivery sekitar Klang dan Shah Alam.

Untuk kek yang bersaiz besar atau bertingkat atau memerlukan deco yang agak detail, juga untuk delivery luar dari Klang dan Shah Alam, sila buat tempahan sekurang kurangnya seminggu lebih awal.

Sila hubungi Admin Bakery MakLong untuk perbincangan lanjut;

SMS: 012-3907276
Facebook: Bakery MakLong
Instagram: #bakerymaklong
Email: bakerymaklong@gmail.com

Budget Cake


LATARBELAKANG SYARIKAT

Bakeri MakLong Alia adalah satu usaha yang diasaskan daripada minat mendalam pemilik kepada masakan yang seterusnya dijadikan sebagai punca rezeki. Ia telah memberikan landasan ikhlas penubuhan perniagaan untuk membuat dan mengedarkan barangan kek ini secara teratur dan lebih berjaya. In Shya Allah.

Buat ketika ini, Bakeri MakLong Alia lebih bertumpu kepada pembuatan kek, biskut, pastry dan pelbagai jenis makanan yang diusahakan secara kecilan. Liputan semasa kawasan pengedaran juga masih lagi tertumpu di Lembah Klang dan Selangor sahaja.


MISI SYARIKAT

  • ·      Untuk membina perhubungan perniagaan dan berhemah murni dikalangan semua Pelanggan kami.
  • ·      Untuk menjadi Pembekal yang sangat diharapkan dan diyakini agar Pelanggan dapat menikmati bersama citarasa indah kami ini disamping beruntung dalam keperluan perniagaan mereka.
  • ·      Untuk menjana potensi keperluan pasaran yang lebih luas.



VISI SYARIKAT

Untuk menjadikan Bakeri MakLong Alia peneraju pasaran dan terkenal dengan kualiti yang tidak terkecuali bagi Barangan dan Perkhidmatan yang kami lengkapkan kepada pelanggan dan bakal pelanggan kami melalui penekanan terhadap komitmen bersama, kesetiaan, amanah dan saling menghormati dengan berlandaskan kepada kehendak ajaran Islam


 KETERANGAN

Liputan Kawasan Pengedaran          :
Buat ketika ini, liputan kawasan pengedaran masih lagi tertumpu di kawasan Lembah Klang dan Selangor.


Senarai Liputan Pengedaran                        :

1. Petron Taman Melawis, Telok Pulai, Klang
2. Petron Bukit Tinggi, Klang
3. Petronas Persiaran Raja Muda Musa, Klang
4. Kantin Toyota, Bukit Raja Klang
5. Kedai Kopi Pak Ngah Seksyen 8, Shah Alam
6. Shah Alam Bus Stop Seksyen 3, Shah Alam
7. Petron Batu 3, Shah Alam
8. HeMat Outlet, Felcra, Kuala Lumpur

No comments: