Gentle Reminder

Harga yang dipamerkan adalah hanya sebagai rujukan.

Harga KEK/ CUPCAKE adalah berbeza mengikut jenis kek, saiz, berat, decoration (buttercream dan/ atau fondant, ganache, gumpaste flower dan figurine, edible image dll deco)

Tempahan dalam tempoh 48 jam hanya untuk kek saiz 8 inci, maksimum 2kg dengan deco yang simple, hanya untuk pick up di rumah saya atau delivery sekitar Klang dan Shah Alam.

Untuk kek yang bersaiz besar atau bertingkat atau memerlukan deco yang agak detail, juga untuk delivery luar dari Klang dan Shah Alam, sila buat tempahan sekurang kurangnya seminggu lebih awal.

Sila hubungi Admin Bakery MakLong untuk perbincangan lanjut;

SMS: 012-3907276
Facebook: Bakery MakLong
Instagram: #bakerymaklong
Email: bakerymaklong@gmail.com

Sunday, April 10, 2011

Terima Kasih Cikgu!

Order dari customer yang juga merangkap cikgu kepada anak anak saya. Ini adalah kali kedua Cikgu Sandra order kek dari Bakery Mak Long. Kali ini bukan kek sahaja, malah cikgu Sandra turut meng-order chocolate berinti badam. Pesan dia "jangan manis manis sangat ye"
"Baik, Cikgu"

Chocolate Moist Cake, 8 inci.
Maaf sangat sangat... Strawberry macam orang kedekut. Bukan kedekut, dah beli strawberry, sekali dekat separuh peket tak boleh pakai, dah lembik..... tapi nak letak juga strawberry.



Dark chocolate with almod filling.
35 pcs semuanya. 

Close up 

Ada yang berkenan??
Harga loose pack: 0.80 sebiji
Packing dalam kotak: RM 35


No comments: