Pada pandangan saya, mencari ilham untuk mendeko kek harijadi budak lelaki adalah lebih memeningkan kepala berbanding Deko kek untuk budak perempuan. Melainkan jika si anak mempunyai karektor kartun kegemaran mereka, dan si ibu atau bapa mempunyai bajet yang besar, akan lebih memudahkan tugas seorang penghias kek amatur seperti saya :-D
Tapi bila, customer berkata, awak Deko je la simple simple.... Saya seperti mati kutu seketika. Nevertheless, saya tetap beri yang terbaik. Mujur sekarang di pasaran ada banyak sprinkle dan jimmies yang comel comel dan berwarna warni. Penyelamat kek, menceriakan kek.
Hasil semalam, kek red velvet untuk birthday boy. Deko ala kadar. Harap berpuas hati.
Terima kasih.